Justinianus I
Justinianus I

Justinianus I

Maharaja Justinianus I (Bahasa Latin: Flavius Petrus Sabbatius Justinianus Augustus, Bahasa Inggeris: Justinian I; (c. 482 – 14 November 565 M) atau juga digelar Justinianus yang Agung (Bahasa Inggeris: Justinian the Great ialah seorang Maharaja Byzantine yang memerintah dari 527 hingga 565 M. Baginda sepanjang zaman pemerintahannya berusaha untuk mengembalikan keagungan Empayar dan menawan kembali wilayah-wilayah sebelah barat Empayar Rom yang bersejarah.Pemerintahan baginda sebagai salah seorang daripada tokoh penting zaman Baharian Lewat dan Maharaja Romawi terakhir yang bertutur dalam bahasa Latin sebagai bahasa ibunda,[3] menjadi suatu epok istimewa dalam sejarah Empayar Rom Timur. Kesan pentadbiran beliau dirasai jauh di luar sempadan zaman dan wilayahnya. Zaman pemerintahan Justinian ditandai dengan renovatio imperii, atau "pemulihan semula Empayar" yang hanya dapat dilaksanakan separa.[4]

Justinianus I

Dinasti Justinianus
Pemerintahan 1 Ogos 527 – 14 November 565 (38 tahun)
Ayahanda
Pasangan Maharani Theodora
Bonda Vigilantia
Tempat mangkat Konstantaniah
Dimakamkan Gereja Hawariun Suci, Konstantaniah
Agama Kristian Chalcedon
Anakanda
  • puteri tidak diketahui
  • John (anakanda angkat)
  • Theodora (anakanda angkat)
Nama penuh
  • Petrus Sabbatius (sehingga naik takhta)
  • Flavius Petrus Sabbatius Iustinianus Augustus (sebagai maharaja)
Pertabalan 1 Ogos 527
Mangkat 14 November 565 (berumur 82/83)
Pengganti Maharaja Justinus II
Keputeraan sekitar 482
Tempat keputeraan Tauresium, Dardania,[1] kemudian sebahagian daripada Kawasan Uskup Dacia (kini di Republik Macedonia[2])
Pendahulu Maharaja Justinus I